Thursday 19 December 2013

Tugasan 4 Pendidikan Jasmani









Tugasan 4:
Sila dapatkan maklumat dari bahan bacaan, multimedia dan sebagainya berkaitan:
-      Sejarah dan undang-undang permainan
-      Etika dalam permainan
-      Keselamatan dalam pendidikan jasmani

1.    SEJARAH DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN
2.    ETIKA DALAM PERMAINAN
APA ITU ETIKA?
Etika bermaksud panduan tentang tingkah laku dan nilai-nilai positif yang perlua ada pada individu yang terlibat dalam sukan. Dalam permainan terdapat tatasusila tertentu yang patut dipatuhi atau diamalkan oleh mereka yang terlibat . Jika tatasusila itu dilanggar, ia akan memberi gambaran bahawa individu tersebut tidak mempunyai disiplin dan semangat permainan. Akibatnya kemungkinan pemain tidak akan dihormati.

Disiplin , nilai-nilai murni , keadilan, permainan bersih,pemain yang bebas daripada dadah, keselamatan semasa bermain dan permainan yang bebas unsur-unsur yang terangkum dalam etika permainan. Unsur-unsur ini perlu menjadi amalan setiap orang yang terlibat dalam permainan. Matlamat permainan sebagai ejen perpaduan akan tercapai sekiranya etika permainan diamalkan.


ETIKA DALAM PERMAINAN
Para pemain hendaknya menghindarkan diri terhadap tingkah laku !
1.         Kurang perhatian. Tidak begitu menaruh perhatian akan permainan (jika seorang pemain memegang kartu yang tak menarik di tangannya atau minta mengulang-ulang jalannya penawaran)..
2.         Memberikan keterangan yang tak perlu, sewaktu bermain mengenai penawaran dan kontrak.
3.         Menarik-narik kartu sebelum waktunya. Menarik-narik / melepaskan selembar kartu dari tangannya sebelum gilirannya untuk lead atau bermain.
4.         Tidak mengatur kartu yang telah dimainkan. Pengaturan kartu yang telah dimainkan dalam keadaan tak tersusun baik atau mencampur-adukkan kartu sebelum hasil permainan papan tersebut disetujui.
5.         Curiga terhadap tuntutan dan konsesi. Melakukan tuntutan dan konsesi atas suatu trik yang diragukan.
6.         Memperlambat permainan (yang sebenarnya tak perlu) dengan maksud mengacaukan pemain lainnya.
7.         Tidak hormat dalam pemanggilan Pemimpin Pertandingan. Pemanggilan Pemimpin Pertandingan sebagai kebiasaan untuk menunjukkan ketidak-ramahan terhadapnya atau peserta lainnya.

PELANGGARAN ETIKA
Tindakan Melanggar Etika:
1.         Mengadakan variasi dalam penawaran. Mempergunakan cara yang berbeda untuk tawaran yang sama.
2.         Menunjukkan reaksi terhadap penawaran dan permainan. Menunjukkan rasa setuju atau tidak setuju terhadap tawaran atau permainan.
3.         Menyatakan harapan akan hasil suatu trik. Menunjukkan harapan untuk me-menangkan atau kalah dalam suatu trik sebelum trik tersebut dilengkapi.
4.         Mengadakan komentar atau tindakan. Memberi komentar atau melakukan tindakan selama penawaran dan permainan yang sedang berlangsung., untuk menunjukkan perhatian atas kejadian tertentu atau kedudukan skor atau jumlah trik masih diperlukan.
5.         Memberikan keterangan secara sukarela. Memberikan keterangan sukarela hendaknya hanya diberikan dalam menjawab pertanyaan.
6.         Menatap pemain lain selama penawaran atau permainan berlangsung atau tangan pemain lainnya dengan maksud mengamati kartunya atau dari tempat mana ditarik suatu kartunya (akan tetapi tidak termasuk melanggar Etika, jika memperoleh informasi karena secara tak sengaja melihat kartu lawannya).
7.         Membuat variasi tempo dengan sengaja. Mengadakan variasi dalam tempo penawaran dan permainan dengan maksud mengacaukan pemain lainnya.
8.         Meninggalkan meja pertandingan tanpa alasan yang kuat sebelum suatu round selesai.


3.    KESELAMATAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Keselamatan
Apa itu Keselamatan?
Satu aspek yang sangat penting semasa kita melakukan sebarang aktiviti fizikal. Sekiranya aspek keselamatan tidak dititikberatkan, besar kemungkinan kemalangan akan berlaku.

Pertolongan Kecemasan
Rawatan pertama diberikan kepada pesakit/mangsa kemalangan. Usaha rawatan pertama dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulans / pesakit mendapat rawatan daripada doktor. Maklamat utama pertolongan kecemasan:
                          i.             Untuk menyelamatkan nyawa
                         ii.             Mengelakkan kecederaan diri bertambah buruk
                       iii.             Mengurangkan kesakitan
                       iv.             Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor.

Aspek Keselamatan Dalam PJK
Terdapat tujuh perkara yang perlu diberi perhatian untuk keselamatan sebelum menjalani aktiviti rekreasi dan latihan sukan.

1.            melakukan aktiviti memanaskan badan, regangan otot dan kelonggaran sendi sebelum melakukan aktiviti yang lebih berat dan lakukan aktiviti menyejukkan badan selepas latihan.
2.            Pemakaian yang sesuai dengan aktiviti yang dilakukan. Sebagai contoh, kita perlu memakai “boots” semasa permainan rugby dijalankan.

3.            Lakukan senaman 2 jam selepas makan.
                                          i.          Dapat menghindari daripada rasa loya, muntah dan kekejangan perut.
                                         ii.          Dapat menghindari daripada timbulnya masalah kepada sistem penghadaman dan pernafasan.

4.            Minum air secukupnya.
                                          i.          Pastikan minum air secukupnya sebelum melakukan senaman.
                                         ii.          Galakkan minum air antara 6-8 gelas.
                                       iii.          Minum air pada setiap 15-20 minit terutamanya pada cuaca panas.
                                       iv.          Elakkan minum air berkarbonat
                                         v.          Minum air kosong selalu sebelum, semasa dan selepas bersenam.


5.         latihan bersistematik. latihan perlu dirancang dan ditentukan terlebuh dahulu sebelum melaksanakannya. jangan sesekali melakukan aktiviti yang tidak diketahui faedah dan akibatnya.

6.         kenal pasti kecergasan diri. setiap individu mempunyai tahap kecergasan yang berbeza. tetapkan objektif latihan mengikut kecergasan diri masing-masing.
7.         kenal pasti kemampuan diri. lakukan aktiviti mengikut tahan kemampuan masing-masing. jangan memaksa diri melakukan aktiviti melebihi had keupayaan masing-masing.

8.         persekitaran dan tempat aktiviti yang sesuai. pastikan persekitaran tempat yang selamat. salamat untuk diri sendiri dan orang lain.

9.         kemudahan peralatan. pastikan anda mempunyai peralatan yang sesuai untuk melakukan aktiviti. alatan termasuklah juga pakaian yang sesuai untuk aktiviti.

10.       perlakuan yang betul. jangan melakukan aktiviti dengan cara yang salah. ini akan membahayakan diri anda.




No comments:

Post a Comment