Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk
pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran,
kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat
sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan
penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau
laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. Terdapat pelbagai jenis sukan, dan
kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai
peserta atau pun sebagai penonton.
Takrifan
sukan
Sukan
ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat
khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber
pendapatan. Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan
melihat kegunaan umum istilah tersebut.Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:
·
Latihan kemahiran berguna secara
rekreasi.
·
Peraturan-peraturan tertentu dalam
mengejar kecemerlangan.
Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah
kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan
masa, rekod dunia, dan sebagainya.
Contoh-contoh kemahiran yang
bertukar kepada sukan ialah:
·
Gladiator di Rom berjuang dan berbunuhan untuk penonton dan bukannya untuk
melindungi empayar Rom.
·
Berlari dilakukan untuk panjang dan
tempoh masa tertentu, dan bukannya untuk aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas
dan sebagainya
Sukan fizikal menggunakan sifat
sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala
sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan
kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur.
Walaubagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal
sesuatu sukan.
Perbezaan antara sukan, permainan,
dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang
berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah
kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan
kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.
Sejarah
sukan
Sejarah pembangunan sukan boleh
mengajar kita mengenai perubahan sosial yang berlaku dan sifat sukan tersebut.
Untuk itu, kita akan kembali ke masa lampau sehingga zaman pra sejarah untuk
mengkaji sukan dan manusia.
Semangat
kesukanan
Semangat kesukanan menggambarkan
aspirasi atau etos yang aktiviti sukan itu akan dinikmati semata-mata kerananya
tetapi selalunya tekanan pertandingan, kejayaan individu, atau pengenalan pada
teknologi akan menyebabkan perkara yang sebaliknya berlaku pada peserta. Dengan
kata lain, dalam sesuatu pertandingan, kekalahan akan menyebabkan rasa kecewa
dan kesedihan.
Penggiat sukan rekreasi selalunya
akan mendapatkan pengiktirafan sebagai satu jenis sukan daripada persatuan
sukan seperti Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)
atau dengan mewujudkan badan penyelaras mereka sendiri. Dengan ini, sukan
berubah daripada aktiviti rekreasi kepada sukan yang lebih formal. Contoh sukan
yang baru muncul ialah berbasikal BMX, meluncur dan sebagainya.
Profesionalisme
dan peraturan sukan
Aspek hiburan dalam sukan, media
massa yang meluas dan pertambahan waktu lapang telah membawa kepada
profesionalisme dalam sukan. Ini telah menyebabkan beberapa konflik, di mana
bayaran dilihat lebih penting daripada aspek rekreasinya atau sukan telah
menjadi lebih menguntungkan dan terkenal yang akhirnya menyebabkan kehilangan
tradisi bagi sesetengah orang atau masyarakat. Contoh yang paling ketara ialah bola
sepak telah mengubah pengisian masa lapang bagi hampir seluruh
populasi dunia.
Jenis-jenis
sukan
Salah satu cara mengelaskan sukan
ialah berdasarkan tujuan sukan itu.
Lumba
- dibantu manusia (berbasikal, mendayung,...)
- tenaga manusia (lumba lari, renang,... )
- tenaga luar (perahu layar, F1,...)
Lawan
- pasukan (bola sepak, ragbi, hoki,bola keranjang, ...)
- gelanggang (tenis, badminton, bola tampar,...)
- kombat (gusti, judo, karate, lawan pedang, tinju, taekwando, silat olahraga...)
Pencapaian
- pameran/pertunjukan (bina badan, gimnastik,...)
- kekuatan (angkat berat, lempar cakera, lontar peluru...)
- sasaran (menembak, golf, memanah,...)
Gabungan
semua
No comments:
Post a Comment