1.0 PENGENALAN
Definasi pergerakan
adalah sebarang bentuk gerak (movement) yang
dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal
di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan
keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut
bergerak dan beredar.
Pergerakan-pergerakan
tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung,
membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan
ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian
ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
Bagi meningkatkan
potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi
idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik,
pendekatan pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat
memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan.
2.0 PERGERAKAN
LOKOMOTO KREATIF
Pergerakan lokomoto
secara kreatif dapat dilakukan dengan menyerapkan empat aspek pergerakan, iaitu
2.1 Ruang
Ruang ialah kawasan
yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ia terbahagi kepada dua iaitu ruang
diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu
sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am ialah
kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Ruang
diri dan ruang am meliputi bahagian kawasan seperti :
a) aras
- tinggi, sederhana, rendah
b) arah
- hadapan, belakang sisi, atas, bawah
c) aliran
- awangan, lantai, lurus, berliku-liku, zig-zag
d) ekstensi
- mengecil, membesar
2.2 Masa
Pergerakan boleh
dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan
serta-merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang
ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat.
a) Serta-merta
- Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini cepat, tegas,
spontan dan dinamik.
b) Kawal-lambat
- Pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat dikawal. Lakuannya lambat,
licin, beralun dan berayun, boleh dirasakan sebagai sesuatu yang tidak perlu
cepat atau tergesa-gesa.
2.3 Beban
Aspek beban merupakan
kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan
ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayan otot semasa
melakukan pergerakan.
a) Halus-ringan
- Lakuan pergerakan yang lembut, halus dan sensitif menggunakan kekuatan otot
yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat.
b) Berat-kuat
- Lakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas. Memerlukan tenaga
dan menggunakan otot-otot yang kuat.
2.4 Aliran
Aspek aliran
merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan
licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan aliran
terikat.
3.0 PERGERAKAN
LOKOMOTOR
Pergerakan lokomotor
bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan
pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang.
3.1 Konsep
Pergerakan Lokomotor
Pergerakan lokomotor
berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam
persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu.
Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini
melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.
3.1.1 Arah:
Arah melibatkan
bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri atau ke kanan
3.1.2 Haluan
Haluan ialah
melibatkan corak gerakan contohnya samada boleh dalam bentuk lurus, bengkang
bengkok, zig zag dan lain-lain
3.1.3 Masa
Masa adalah masa yang
digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau
pelahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal
3.2 Bentuk
Pergerakan Lokomotor
3.2.1 Berjalan
Di antara aktiviti
berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti
berikut:
a) Jalan
berundur dan kemudian ke hadapan
b) Berjalan
dengan melakonkan gaya robot atau askar permainan berjalan
c) Berjalan
dengan melakonkan gaya gegasi berjalan
d) Berjalan
dengan melakonkan gaya cara gorila berjalan
e) Berjalan
dengan melakunkan gaya meredah semak
f) Berjalan
dengan melakunkan gaya gajah berjalan
g) Berjalan
dengan melakunkan gaya anjing cedera di kaki berjalan
h) Berjalan
dengan melakunkan gaya patung berjalan
i) Berjalan
naik tangga
3.2.2 Berlari
Di antara aktiviti
berlari yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti
berikut:
a) Berlari
setempat dengan ayunan tangan yang lurus
b) Berlari
dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi.
c) Berlari
pantas dan beransur-ansur pelahan
d) Berlari
dan berhenti apabila syarat di berikan dan berhenti apabila isyarat
e) di
berikan dan berlari semula
f) Berlari
kehadapan serta berundur kesisi
g) Berlari
mengikut seorang ketua
h) Berlari
dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahan
i) Berlari
mengikut arah zig zag
j) Lari
beberapa langkah dan kemudian melompat
3.2.3 Melompat
Di antara aktiviti
melompat yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti
berikut:
1. Melompat seperti
rusa melompat pagar
2. Melompat tali atau
garisan di atas lantai
3. Melompat halangan
yang di tinggikan sedikit dari paras lantai
4. Melompat setempat
penekanan kepada ketinggian lompatan
5. Melompat
melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat
6. Melompat
melakunkan serta meniru cara katak melompat
7. Melompat
melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat
8. Melompat
melakunkan serta meniru cara katak melompat
9. Melompat sambil
mengubah arah lompatan
4.0 PERGERAKAN
LOKOMOTO: MELOMPAT KETINGTING
Di antara aktiviti
melompat ketinting yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah
seperti berikut:
- Melompat ketingting setempat tegak diatas sebelah kaki selama empat
- kiraan
- Melompat ketingting dan pusing badan kekiri dan kekanan
- Melompat ketingting berarah kehadapan-kebelakang dan kekiri-kekanan
- mengikut isyarat
- Melompat ketingting meliputi pelbagai jarak
5.0 PERGERAKAN
LOKOMOTO: MERANGKAK
Di antara aktiviti
merangkak yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti
berikut:
1. Merangkak melalui
pelbagai halangan
2. Merangkak melalui
bawah sarang labah-labah
3. Merangkak secara
berpasangan dengan kaki pasangan di ikat
4. Merangkak melalui
tali
6.0 PERMANIPULASIAN
PERALATAN
Kemahiran ini
merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari
asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran
manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil,bola
besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah.
6.1 Konsep
Manupulasi alat ialah
bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul
dan cekap untuk membentuk gerakan.
6.2 Kemahiran
Manipulasi alat
hendaklah di bina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran
ini memerlukan penggunaan angota badan untuk mengawal, megawasi atau menangani
sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan
yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi
alat dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan- mata, kaki
mata dan
lain-lain.
6.3 Bentuk
Pergerakan Manipulasi Alat
Kemahiran manipulasi
alat yang diajar di peringkat pra dan sekolah rendah ialah:
6.3.1 Membaling
Dan Melambung
Di antara aktiviti
membaling yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti
berikut:
1. Melambung sebiji
bola keudara dan menyambut semula
2. Melambung setinggi
bola setinggi yang boleh dan menyambut semula
3. Melambung serendah
yang mana bola dan menyambut semula
4. Meleretkan bola
kedinding dan menahan semula
5. Meleretkan bola
kesasaran
6.3.2 Menyambut
Di antara aktiviti
menyambut yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti
berikut:
1. Melambung pundi
kacang keudara dan menyambut semula
2. Melambung setinggi
bola setinggi yang boleh dan menyambut semula
3. Melantunkan bola
di dinding dan menangkap semula
4. Menyambut pundi
kacang yang di lempar oleh pasangan
5. Membaling dan
menangkap bola bergilir dengan pasangan
6.3.3 Memukul
Di antara aktiviti
memukul yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti
berikut:
1. Memukul alatan
dengan tangan
2. Memukul alatan
dengan gengaman
3. Memukul alatan
kearah pasangan atau sasaran
4. Melambung belon
keudara dan kemudian memukul
5. Menjatuhkan bola
kemudian memukul ketika bola itu melantun dengan tangan dari aras bahu ulang
dari sisi dan bawah bahu.
7.0 CADANGAN
DAN CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTO
7.1 Pergerakan
Ulat Bulu yang Menggatalkan
a) Alatan
yang digunakan : Bola Kecil
b) PROSEDUR:
- Cara bergerak seperti ulat bulu yang menggatalkan jika terkena pada manusia.
- Berdiri dengan tegak dan kedua belah tangan diluruskan ke atas sambil memegeng bola kecil. Sambil meluruskan tangan nafas perlu ditarik untuk mendapat keseimbangan badan.
- Kemudian kedua belah tangan dalam keadaan menyentuh lantai apabila badan dibengkokkan. Pada masa ini saraf tunjang dalam keadaan berlipat.
- Abdomen perut akan berasa tegang pada masa ini kerana berlipat.
- Tangan akan akan ditarik kehadapan kemudian kaki juga akan ditarik perlahan-lahan kehadapan. Jadi berlakulah pergerakkan seperti ulat bulu.
8.0 KESIMPULAN
Dalam Program
Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah, telah dinyatakan bahawa kegiatan seperti
pergerakan asas, pergerakan kreatif, asas gimnastik serta sukan dan permainan
adalah supaya penumpuan khas dapat diberikan kepada peringkat perkembangan
murid.
Pergerakan lokomotor
dan manipulasi peralatan sangat penting kerana ia merupakan asas untuk mencipta
pergerakan yang lebih kompleks untuk tujuan sukan dan kehidupan seharian. Sebab
itulah pergerakan asas diterapkan kepada pelajar di sekolah rendah supaya
mereka dapat menguasai dan memahirkan diri dalam melakukan pergerakan yang
lebih kompleks. Tujuan kerja kursus ini adalah supaya pengetahuan dan kefahaman
variasi pergerakan asas dapat didalami dan dipraktikkan untuk tujuan pengajaran
kelak.
9.0 RUJUKAN
David L. Gallahue,
Frances Cleland Donnelly (2003) Developmental
physical education for all children. New Orleans: Human Kinetics
Ellen Booth Church.
(19920 Learning through play. New
York: Scholastic Inc
Pusat Perkembangan
Kurikulum (2001) Pendidikan Jasmani:
Huraian sukatan pelajaran sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Victor Paul Dauer
(1972) Essential movement experiences for
preschool and primary children. New York: Burgess Pub. Co.
10.0 REFLEKSI: MOHD AZHAR FAIRULLAH
Sepanjang
menyiapkan tugasan ini, saya telah dapat
mempelajari secara amali dan menggunakan pelbagai pendekatan dari aspek kaedah
dan teknik bagaimana merancang dan membentuk aktiviti bersifat pergerakan loko
dan menggunakan peralatan semasa aktiviti tersebut di peringkat sekolah rendah. Saya juga pada
masa yang sama telah berjaya mempelajari secara langsung bagaimana mengaplikasikan
ilmu pendidikan jasmani yang dipelajari sepanjang saya mengikuti kursus ini dan
telah menyumbang kepada pemahaman dan impak terhaap matapelajaran bersifat
sukan yang yang bakal saya mengajar
kelak.
Cadangan
saya ialah, bagi sepanjang kursus ini berlangsung, para pelatih KPLI yang
mengikuti kursus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini perlu terus didedahkan dengan lebih mendalam
lagi tentang kepentingan dan keperluan teknikal penganjuran dan permainan menerusi
berbagai kegiatan yang dijalankan secara teori dan amali. Dengan ini, para
pelatih guru seperti saya akan mendapat tambahan kepada pengalaman pembelajaran
yang berguna. Selain itu, teori-teori dan teknik di dalam permainan akan dapat
digunakan sebagai sumber rujukan maklumat untuk menyediakan satu pendekatan semasa
pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermutu apabila ditugaskan di
sekolah kelak.
No comments:
Post a Comment