Peraturan Pertandingan Bola Baling
Pertandingan dijalankan mengikut undang-undang BOLA BALING
ANTARABANGSA, MSSM, MSSPP kecuali yang
tersebut dalam peraturan berikut.
1.
PENDAFTARAN
:
1.1 Setiap pasukan
dibenarkan mendaftarkan 12 pemain sahaja dengan menggunakan borang pendaftaran
yang disediakan.
1.2
Setiap
pasukan yang mendaftar dimestikan mendaftar nama pegawai berikut bagi pasukan
masing-masing.
1.2.1
Pengurus
Pasukan
1.2.2
Jurulatih
2.
KUMPULAN
/ JENIS PERTANDINGAN
2.1
L12 /
P12 / L15 /
P15 / L18
/ P18
3.
PAKAIAN
3.1
Semua pemain
dikehendaki memakai jersi, baju T atau bips yang sama warnanya dengan nombor
masing-masing di depan dan belakang.
3.2
Di mana
terdapat dua pasukan yang memakai pakaian yang sama warnanya, keputusan siapa
yang menukar pakaiannya ialah pasukan yang namanya disebut dahulu dalam borang
pertandingan.
3.3
Semua pemain
diwajibkan memakai kasut serta sarung
kaki. Kasut yang berstud enam, berpaku dan membahayakan keselamatan pemain lain
tidak dibenarkan sama sekali.
3.4
Ketua
pasukan tidak perlu memakai tanda( captain arm guard )
4.
SAIZ
BOLA
4.1
Saiz 1
: L12
/ P12
4.2
Saiz 2
: L15
/ P15 / P18
4.3
Saiz 3
: L18
5.
MASA
PERMAINAN
5.1
Setiap
permainan terdiri daripada dua bahagian. 15 minit setiap separuh masa dan rehat
3 minit. (15.3.15)
* diputuskan dalam mesyuarat pengelolaan
peringkat zon dan negeri.
5.2
Masa
Rehat Pasukan (1 minit )
(a)
Setiap pasukan dibenarkan meminta 1
minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi setiap separuh masa.
(b)
Pegawai yang berdaftar bagi setiap
perlawanan sahaja dari mana-mana pasukan dibenarkan memohon masa rehat dengan
menyerahkan KAD HIJAU berukuran 15
cm x 20 cm kepada Penjaga Masa (Time Keeper).
(c)
Situasi yang dibolehkan untuk memberi
kebenaran berhenti untuk masa rehat 1 minit :-
Ø Semasa
pasukannya mengawal bola.
Ø Selepas
pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari pasukan sendiri
setelah bola tersasar keluar.
6.
SISTEM
PERTANDINGAN
6.1
Pertandingan
ini dijalankan secara LIGA / KALAH MATI
6.2
Pasukan yang
mendapat jumlah mata yang terbanyak dikira MENANG.
6.3
Sistem pemberian
mata bagi pertandingan LIGA :
6.3.1
Menang : 3 mata
6.3.2
Seri : 1 mata
6.3.3
Kalah : 0 mata
6.4
WALKOVER :
Tindakan Walkover tidak akan dilayan. Mana-mana pasukan yang mengambil tindakan
ini tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanannya dan kesemua perlawanan
sebelumnya itu akan dikira tidak sah. Pasukan yang memberi Walkover mesti
memberi alasan bertulis mengapa pasukan tersebut bertindak begitu kepada
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola dan Salinan kepada Pengarah Pendidikan Negeri.
6.5
Dalam
pertandingan sekiranya terdapat dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama , keputusan
muktamad akan ditetapkan mengikut cara-cara yang teratur di bawah :
6.5.1
Pasukan yang
memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.
6.5.2
Jika masih
seri, pasukan yang lebih jaringan gol akan dikira menang.
6.5.3
Jika masih
seri, pasukan yang kurang kena gol akan dikira menang.
6.5.4
Jika masih
seri lagi, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
6.5.5
Jika masih
seri lagi, cabutan undi akan dijalankan.
6.6
SINGKIR (
Kad Merah ) dan BATAL
6.6.1
Jika seorang
pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau hukuman singkir dalam
satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya.
6.6.2
Jika seorang
pemain atau pegawai menerima kad merah atau hukuman singkir kali kedua, dia
tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang permainan di mana pasukannya
bermain sehingga LEMBAGA TATATERTIB membuat keputusan.
6.6.3
Jika
seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal , ia tidak
dibenarkan bermain atau berada di gelanggang dimana pasukannya bermain
sepanjang kejohanan tersebut.
7.
SISTEM
KALAHMATI
7.1
Bagi
perlawanan secara kalahmati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa
langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya:
7.1.1
Perlawanan
masa tambahan 5 minit setiap separuh masa
akan dijalankan setelah rehat selama lima minit.
7.1.2
Jika masih
seri balingan 7 meter akan di jalankan.
8.
SISTEM
BALINGAN 7 METER
8.1
Tiap-tiap
pasukan mengambil 5 balingan dari garisan 7 meter secara berselang seli oleh 5
orang pemain.
8.2
Jika masih
seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan oleh 5 orang pemain secara
berselang seli dengan sehingga keputusan diperolehi.
8.3
Pengadil akan memutuskan gol mana
balingan 7 meter itu dijalankan.
8.4
Pengadil hendaklah membuat undian dan
pasukan yang menang akan membuat balingan dahulu.
8.5
Hanya pemain-pemain yang layak
menyertai perlawanan tersebut
dibenarkan mengambil balingan 7
meter.
8.6
Pemain-pemain yang akan mengambil
balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan mestilah berada diluar garisan
balingan percuma.
8.7
Semua pemain lain hendaklah berada
digarisan tengah gelanggang.
8.8
Penjaga gol boleh ditukar pada
bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan.
9.
KELEWATAN
Hanya
10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak lawannya akan diberikan kemenangan
dengan 3 mata dan dengan bilangan gol 3 – 0.
10. BANTAHAN
10.1
Segala
bantahan mestilah dibuat secara bertulis menggunakan borang yang
disediakan,dalam masa 30 minit setelah keputusan diumumkan dan disertakan
RM300.00. Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan itu
tidak diterima.
10.2
Keputusan
Juri adalah muktamad.
11. JURI RAYUAN
11.1
Terdiri
daripada :
11.1.1
Pengerusi
Teknik Bola Baling MSSPP / Zon
11.1.2
Pengerusi
Jawatankuasa Pengelola / Pengerusi Teknik Pertandingan
11.1.3
Pengerusi
Pengadil
11.1.4
2 orang
Pegawai / Pengurus pasukan yang dipilih oleh Jawatankuasa Pengelola.
12. PERATURAN BARU
12.1. Sekiranya
terdapat balingan percuma selepas wisel penamat dibunyikan oleh penjaga masa,
ia perlu diambil. Pasukan yang mendapat balingan itu hanya boleh menukar
seorang pemain sahaja, iaitu pembaling balingan percuma tersebut. Pemain lain
termasuk dari pihak bertahan tidak dibenarkan melakukan sebarang pertukaran.
(peraturan 2:5)
12.2.
Tidak ada time out untuk balingan 7 meter kecuali berlaku dalam keadaan-keadaan
tertentu seperti bola terkeluar jauh atau pemain dikenakan hukuman (kad kuning
/ 2 minit / kad merah / singkir). Hanya pembaling dan penjaga gol yang
dibolehkan untuk pertukaran.
(peraturan 2 :8)
12.3.
Mana-mana pegawai yang dibenarkan masuk ke padang oleh pengadil untuk rawatan pemain
yang cedera tidak dibenarkan memberi arahan kepada pasukan, menghampiri
pengadil atau pasukan lawan. Sekiranya berlaku, pegawai tersebut boleh
dikenakan hukuman atas dasar tiada semangat kesukanan.
(peraturan 4:11)
12.4.
Tidak ada ketua pasukan. Mana-mana pemain atau pegawai boleh terlibat dalam
lambungan duit syiling untuk permulaan perlawanan.
(peraturan 4:1)
12.5.
Hanya 2 orang pegawai atau pemain yang didaftar boleh masuk ke padang untuk rawatan
pemain yang cedera atas arahan pengadil.
(peraturan 4:1)
12.6.
Untuk balingan permulaan, pembaling mesti memijak garisan tengah dengan
sekurang-kurang sebelah tapak kaki dan berada di posisi itu sehingga bola
dilepaskan. Rakan pasukan tidak dibenarkan melintas garisan tengah padang sehingga tiupan
wisel.
(peraturan 10.3)
12.7.
Isyarat ‘pasif play’ batal sekiranya bola terkena tiang gol atau penjaga gol
serta terdapat pemain pertahanan yang mendapat hukuman.
(klarifikasi no 4)
12.8.
Sebarang posisi yang tidak betul pemain pasukan menyerang yang mendapat
balingan percuma atau balingan ke dalam, perlu diperbetul oleh pengadil.
(peraturan 15.6)
12.9.
Sekiranya bola terkena siling, balingan ke dalam diberi pada kedudukan yang
terhampir kepada pasukan lawan.
(peraturan 11.3)
12.10.
Sewaktu team time out, pemain pasukan boleh berada di dalam atau luar
gelanggang.
(klarifikasi no 3)
13. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
11.2
Semua
perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan-peraturan ini dan undang-undang
Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusan
adalah muktamad.
JAWATANKUASA TEKNIK
DAN PEMBANGUNAN
BOLA BALING
MSSPP.
No comments:
Post a Comment