Friday 20 December 2013

Lempar Cakera

PENGENALAN

Sejak acara lempar cakera diperkenalkan pada zaman Greek purba, acara ini telah mengalami banyak perubahan terutama dari aspek peraturan dan gaya lemparan cakera. Dari lemparan cara berdiri di atas "pedestal" dalam pentas bulat, cara melempar yang mengamalkan teknik seperti "melangkah dan lempar", gaya melempar 90°, gaya rotasi atau berpusing dan lempar dan pelbagai gaya lemparan lain telah diperkenalkan oleh jaguh-jaguh dunia pada era yang tertentu.

Pengajaran kemahiran melempar cakera biasanya ditangguhkan oleh guru di sekolah rendah sehingga pelajarnya masuk ke sekolah menengah. Ini disebabkan perkembangan dan kesediaan jasmani kebanyakan pelajar di sekolah rendah dianggap belum lagi bersedia untuk menguasai kemahiran melempar cakera. Memang benar bahawa para pelajar lebih mudah mempelajari acara Iontar peluru daripada acara lempar cakera. Saiz, bentuk dan berat cakera menjadikan alat ini tidak mudah dikawal. Lagipun, cara pegangan yang biasa diamalkan ketika bersedia untuk melempar adalah terdedah kepada tarikan graviti. Oleh sebab itu, cara pegangan cakera adalah dianggap sang at penting bermula dari masa hayunan awal sehingga pelemparannya.
 

Guru perlulah sabar dan cuba mengamalkan teknik ansur maju dalam membantu para pelajarnya mempelajari kemahiran melempar cakera. Pengetahuan dan kefahaman asas tentang prinsip pengumpulan daya dan peranan bahagian badan yang tertentu ketika melempar boleh diperkenalkan kepada pelajar melalui cara yang mudah difahaminya. Perlu ditegaskan bahawa para pelajar hendaklah disedarkan bahawa walaupun melempar cakera dilakukan dengan tangan, tindakan kakinya juga mempunyai peranan yang penting dalam perlakuannya

Sejarah

Lempar cakera ialah acara lontaran yang mula-mula dicipta sebagai acara sukan. Acara ini juga dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Kuno Greek. Namun begitu, cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih berat daripada cakera yang digunakan pada hari ini. Acara lempar cakera mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896.

Peralatan

Cakera ialah sejenis alat berbentuk bulat tapi leper dan di perbuat daripada kayu serta dilingkari (disimpai) oleh logam besi atau tembaga yang licin. Saiz yang di gunakan oleh atlet lelaki dan wanita adalah berbeza.

Spesifikasi Lelaki Perempuan
Berat cakera Tebal bahagian tengah
Diameter
2 kg 44-46 mm
218-221 mm
1 kg 37-39 mm
180-182 mm

CARA MEMEGANG CAKERA

CARA 1
Tapak tangan ditekapkan pada permukaan cakera yang menutupi bahagian logam ditengah cakera. Cakera dipegang hanya dengan ruas hujung jari yang dibengkokkan, manakala ibu jari diletakkan di atas permukaan cakera untuk kawalan. Jari-jari direnggangakan pada jarak yang hampir sama.

CARA 2
Cara ini hampir sama dengan cara 1, yang berbeza hanya jari telunjuk dirapatkan dengan jari hantu, manakalan jari manis dirapatkan dengan anak jari.

CARA 3
Cara ini ialah untuk peserta yang saiz tapak tangannya agak kecil dan ruas jarinya agak pendek. Tapak tangan ditekapkan pada permukaan cakera dengan menutupi dua pertiga sahaja daripada  bahagian logam tengan cakera. Ini untuk membolehkan jari-jari memegang simpai logan cakera. Jarak antara jari-jari adalah serupa dengan cara 1 dan cara 2.

KAWASAN LEMPARAN CAKERA

Jika dibandingkan dengan kawasan lontaran peluru, kawasan lemparan cakera seakan-akan sarna bentuk dengannya. Hanya yang berbeza adalah sudut kawasan sektor dan saiz bulatan palingan. Sila lihat gambar rajah yang diberi tentang kawasan lemparan cakera dan bandingkannya dengan bulatan untuk lontar peluru.
Mengikut peraturan rasmi, demi keselamatan para pegawai, penonton dan peserta yang menunggu gilirannya, semua lemparan cakera mesti dibuat dari satu kurungan keselamatan. Kurungan ini sebenamya satu pagar berkawat berbentuk "C" yang dibina khas untuk keselamatan bagi acara lempar cakera dan membaling tukul besi.
Ketika seseorang peserta membuat percubaannya, pihak lain seperti pegawai teknik dan peserta lain yang menunggu gilirannyahendaklah berada di belakang kurungan atau pagar keselamatan tersebut demi keselamatan.
Di peringkat sekolah, kemudahan kurungan keselamatan ini biasanya tidak disediakan baik semasa latihan mahu pun pada hari pertandingan cakera oleh yang demikian, guru seharusnya menegaskan langkah keselamatan semasa acara ini dijalankan.

Peraturan dan Teknik

Bagi mengelakkan cakera dilempar ke merata tempat, satu kawasan khas yang disediakan berbentuk segi empat sama dengan jejari 2.5 meter. Teknik dan cara membuat lemparan ketika itu adalah bebas. Tetapi pada masa kini, permulaannya adalah mengikut cara lemparan yang dilakukan pada masa silam. Pergerakan dan kedudukan tangan serta badan berada dalam kedudukan bongkok sedikit. Pergerakan tangan untuk menghayun cakera pula berada di sisi badan peserta. Cara lemparan seperti ini akan menyebabkan pergerakan cakera seakan-akan melayang pada jarak yang lebih jauh.
Acara lempar cakera dipertandingkan di Sukan Olimpik Stockholm pada tahun 1912 dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Setiap peserta akan melakukan lemparan kali pertama dengan hanya menggunakan sebelah tangan manakala lemparan pada kali kedua peserta akan menggunakan sebelah tangan yang belum digunakan lagi.
Cara lemparan seperti ini tidak sejauh yang dikehendaki dan akhirnya cara lemparan ini tidak mendapat sambutan daripada peserta yang mengambil bahagian di dalam acara lempar cakera. Pertandingan melempar cakera menggunakan cara ini oleh peserta sehingga tahun 1920 dan selepas itu, teknik lemparan baru telah diperkenalkan.
Sementara itu, teknik lemparannya telah diubahsuai dan diperbaiki dari semasa ke semasa dan bentuk latihan yang sistematik menyebabkan jarak lemparan yang dicapai dalam setiap kejohanan terus meningkat maju. Jaguh yang pernah mengharumkan nama negara Malaysia dalam acara ini ialah Danapal Naidu.

GAYA LEMPARAN

ANSUR MAJU
A)    Melambung cakera – melambung rendan dan tinggi.
B)     Mengguling cakera
C)    Membuat boling sisi secara melutut.

Melempar cakera / bola secara duduk.
Melempar gelung rotan secara berdiri.
Melempar cakera secara berdiri
Berdiri membelakangkan kawasan lemparan, pelempar melempar cakera dengan melangkah ke belakang
Melempar cakera dengan gaya pusingan
a.   #    Mulakan dengan menghadap kawasan   lemparan
b.  #      Mula dengan menghadap sisi arah lemparan
#          Mula dengan membelakangkan kawasan           lemparan

KELENGKAPAN LEMPAR CAKERA
Di antara kelengkapan yang diperlukan dalam acara lempar cakera ialah:-
i.          kawasan melempar
ii.         Cakera
iii.        Pita pengukur jarak
iv.         Pancang penanda
v.         Pengadil

CARA MENGUKUR JARAK LEMPARAN CAKERA

Kaedah mengukur jarak lemparan yang dilakukan oleh seseorang pelempar cakera adalah sama dengan cara mengukur jarak pencapaian dalam acara melontar peluru.
Bagi setiap lemparan yang sah, jarak lemparan akan diukur denganmengambil kira kesan terdekat yang dibuat oleh cakera di kawasan pendaratan sehingga garis bulatan di bahagian depan. Pita ukur hendaklah dalam keadaan lurus dari kesan cakera sehingga titik atau tandaan pusat bulatan lemparan ketika jarak lemparan diukur. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan garis bulatan di bahagian depan bulatan lemparan akan menunjukkan jarak lemparan.

PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA

Tujuan utama acara lempar cakera adalah untuk melempar cakera itu seberapa jauh yang boleh dari bulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah berukuran 2.50 meter dan peserta dikehendaki bertindak dari bulatan ini dan mengarahkan cakera ke kawasan sektor yang bersudut 40° di hadapan bulatan.
Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koordinasi dan ritma yang seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera. Faktor-faktor mekanikal juga perlu diambil perhatian untukkeberkesanan tindakanmelempar cakera.
Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian, kelajuan dan sudut pelepasan cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan bentuk cakera ketika ia bergerak di udara setelah dilemparkan. Jika cakera itu bergerak dalam bentuk "bulan pumama" apabila dilempar, sudah pasti rintangan udara yang penuh ke atas muka cakera akan memperlahankan pergerakan cakera ke hadapan. Sebaliknya, cakera yang dapat digerakan secara "memotong udara" akan kurang rintangan udara dan mungkin terus terapung di udara dan bergerak lebih jauh.
Ketika memberi demonstrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau rotasi badan, guru hendaklah menarik perhatian pelajamya kepada turutan tindakan bahagian badan. Ini dapat membantu mereka memahami asas pengumpulan daya dan peranan bahagian badan seperti kaki, lutut, siku dan pinggang dalam tindakan melempar cakera. 

Keselamatan

Acara lempar cakera dipertandingkan dalam satu kawasan khas yang disediakan untuk acara ini bertujuan untuk tujuan keselamatan. Dalam kejohanan Sukan Olimpik dan kejohanan yang lain, kawasan acara ini berpagar dan berjaring besi kecuali di bahagian hadapannya yang terbuka untuk peserta melakukan lemparan.
Melempar cakera memerlukan daya tumpuan yang sangat tinggi untuk mencapai jarak paling jauh.

No comments:

Post a Comment