Thursday 19 December 2013

Tugasan 2 Pendidikan Jasmani









Tugasan 2
Sila dapatkan maklumat dari bahan bacaan, multimedia dan sebagainya berkaitan:
A.   Menghubungkaitkan keperluan senaman dalam kehidupan seharian
B.    Konsep dan definisi keseluruhan dan kecergasan fizikal :
·         Definisi dan kepentingan kecergasan fizikal
·         Komponen-komponen kecergasan fizikal

JAWAPAN:

A.   MENGHUBUNGKAITKAN KEPERLUAN SENAMAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Di dalam kehidupan seharian seseorang individu, terdapat banyak aktiviti yang dilakukan yang dapat kita kaitkan dengan aktiviti senaman. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dengan pelbagai tujuan seperti pergi ke tempat kerja, melarikan diri dari dikejar oleh anjing dan sebagainya sebenarnya melibatkan aktiviti senaman iaitu yang melibatkan kesihatan dan juga psikomotor. Berikut merupakan antara aktiviti harian yang boleh kita kaitkan dengan aktiviti senaman.
i.             BERJOGGING.
Boleh dilakukan bila-bila dan di mana sahaja. Ia boleh dilakukan secara berkumpulan atau seorang diri. Jika anda selain mengamalkan aktiviti berjogging ini, ia boleh mengelakkan anda dari stres.

ii.            BERJALAN KAKI
Ia amat sesuai dilakukan oleh orang yang telah tua dan mereka yang disyorkan melakukan senaman ringan.

iii.           MENUNGGANG BASIKAL
Menunggang basikal elok untuk jantung dan pernafasan yang boleh membantu mengurangkan stres. Untuk kesan yang ketara, aktiviti ini boleh dilakukan sentiasa selama 30 minit, paling kurang 3 hingga 4 kali seminggu.

iv.           BERENANG
Berenang membantu sistem pernafasan, menguatkan jantung dan baik untuk otot serta tubuh badan.

v.            BERAEROBIK
Faedahnya sama seperti kita berenang. Ketika aktiviti aerobik dilakukan, minda kita berhubungan terus untuk mencapai teknik gerakan selari dengan muzik yang akan membantu kita menumpukan lebih perhatian dan seterusnya mengurangkan stres.

vi.           AKTIVITI FIZIKAL.
Aktiviti fizikal atau sukan seperti bermain badminton, tenis dan ping pong.


 B.   DEFINISI DAN KEPENTINGAN KECERGASAN FIZIKAL

DEFINISI
Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan.

DEFINISI KECERGASAN FIZIKAL:
          Falls (1980)
"Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang   berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya"

KEPENTINGAN KECERGASAN FIZIKAL

1.   Senaman Bagus Untuk Mental
Setiap orang tahu senaman boleh melaraskan peredaran darah, membakar lemak dan kalori, serta mengurangkan risiko masalah serangan jantung dan obesiti serta beberapa penyakit lain. Kini beberapa bukti telah menunjukkan bahawa senaman selama 10 minit setiap hari boelh mneingkatkan tahap kesihatan mental, seterusnya membolehkan kita berfikir dengan mudah, rasa gembira dan mengurangkan stress. Kaedah senaman yang dilakukan secara konsisten beserta pengambilan STAMINEX, ENERGEE serta EXAMO-CKM 500 akan dapat membantu anda stress atau tekanan perasaan dengan berkesan.

2.   Meningkatkan Tenaga Otak
Senaman yang konsisten boleh meningkatkan tindakbalas masa (reaction time), konsentrasi, kreativiti dan keupayaan mental. Ini kerana berlakunya peningkatan dalam tubuh untuk mengepam darah menghantar oksigen ke saluran darah dan dihantar dengan cepat ke otak. Pengkaji percaya perubahan tersebut merangsang reaksi fizikal dan mental dengan cepat.

3.   Melambatkan Proses Penuaan
Dengan hanya melakukan aktiviti yang ‘simple’ seperti berjalan-jalan setiap hari sebagai amalan boleh menghalang tahap penurunan mental dikalangan wanita yang berumur 65 tahun ke atas. Lagi lama dan kerap mereka berjalan, semakin perlahan proses tersebut berlaku. Sesi ini tidak perlu dilakukan secaraintensif kerana ia sudah memadai untuk meningkatkan kesihatan jantung.

4.   Mengurangkan Stress
William P Morgan dari University of Wisconsin mendapati senaman boleh mengurangkan stress dan mengawal perasaan marah. Alasannya mudah sekali, jika terlalu memikirkan masalah akan memberi kesan gangguan pada jantung. Dengan senaman kita akan melupakan masalah-masalah tersebut di samping meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular, menjadikan kita lebih rasional menangani maslaah sekaligus mengurangkan stress. Sebagai contoh melakukan aktiviti seperti berjalan, berbasikal dan berenang boleh mengurangkan tekanan dan aktiviti ini memberi kesan yang serupa seperti kita beryoga.
Secara saintifiknya aktiviti yang dilakukan ini sebenarnya boleh meningkat kimia seperti adrenalin, serotonin, dopamin dan endorphin di dalam otak. Anda akan rasa seronok, tenang dan berkeyakinan. Dipresi juga dapat dikurangkan dengan melakukan aktiviti senaman selama 30 minit 3 kali seminggu.
Selain daripada rasa sihat, kuat dan bertenaga, senaman juga boleh meningkatkan keyakinan (self esteem).

KOMPONEN-KOMPONEN KECERGASAN FIZIKAL
1.    Komponen Kecergasan Kesihatan.
Komponen kecergasan kesihatan melibatkan kecergasan kardiovaskular atau daya tahan aerobik, kekuatan dan daya tahan otot kelenturan serta komposisi badan
 
2.    Komponen Kercergasan Perlakuan Motor.
Komponen kecergasan perlakuan motor melibatkan kelajuan, keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan yang diklasfikasikan sebagai kecergasan motor

No comments:

Post a Comment