Thursday 19 December 2013

Keperluan senaman dalam kehidupan seharian




Aktiviti pergerakan badan seperti berjalan, berkebun, mengayuh basikal, naik tangga, kerja rumah,lain-lain aktiviti fizikal harian.
Aktiviti riadah yang selalunya dilakukan dalam jangka masa tertentu, berulang-ulang bertujuan meningkatkan tahap kecergasan & kesihatan.

Faedah Kecergasan Fizikal
·         Faedah kepada diri sendiri.
·         Membina daya tahan kardiovaskular &otot
          Cth: berjalan laju, berjoging, berbasikal, berenang, bersukan, senamrobik
·         Membina kekuatan dan daya tahan otot
          Cth: naik turun tangga,mengangkat& membawa barang, senaman tekan tubi  
          dan bangun tubi
·         Membina kelenturan (fleksibiliti)
          Cth: mencuci llaannttaaii, senaman regangan, tai chi, yoga
·         Pekerja lebih sihat dan berdaya saing
·         Dpt meningkatkan prestasi,, kualiti kerja & produktiviti Memupuk semangat kerja berpasukan
·         Mencapai visi & misi organisasi

Kecergasan Fizikal
Pengenalan
Kecergasan merupakan satu keadaan individu yang berkebolehan menyaingi kehidupan yang seimbang serta lengkap secara keseluruhan yang melibatkan sosial, psikologi dan fisiologi. Dipengaruhi oleh aspek-aspek keturunan (baka), persekitaran (alam sekitar) dan gaya hidup (tingkahlaku)

Konsep Kecergasan Keseluruhan
Kecergasan yang merangkumi aspek-aspek kecergasan fizikal, mental, emosi dan rohani. Hidup dengan selesa, sempurna dan bertenaga. Hak Setiap Individu. Perlu ditingkatkan dari masa ke semasa bagi menjamin kehidupan yang lebih sihat, cergas dan lebih bermakna.

Definisi Kecergasan Fizikal
Keupayaan untuk melakukan tugas tanpa lesu keterlaluan dan masih boleh bertindak balas terhadap keadaan yang cemas atau perkara yang tidak diduga.

Kepentingan Kecergasan Fizikal
1. Faktor Kesihatan
Mempunyai tahap kesihatan yang optimum dan berkeupayaan mencegah penyakit dan kecacatan
2. Faktor Kemahiran
Mempunyai kebolehan fizikal yang optimum dalam menangani kehidupan seharian dan dapat melakukan ikhtiar hidup.

Komponen Kecergasan Fizikal
Komponen Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan

1) Daya Tahan Kardiovaskular
Kecekapan jantung dan sistem perdaran darah berfungsi dengan sistem respiratori untuk memenuhi keperluan oksijen dalam tubuh badan supaya kerja untuk jangka masa yang panjang dapat diteruskan.

Komponen ini melibatkan sistem tenaga aerobic yang mana memerlukan kehadiran oksigen untuk proses penghasilan tenaga. Dayatahan CVR boleh dibina dengan melakukan latihan atau gerakkerja fizikal secara berpanjangan seperti aktiviti berikut:
a) Jogging sejauh 5 km
b) Berbasikal sejauh 20 km
c) Berenang sejauh 600 meter
d) Senamrobik selama 60 minit
Terdapat beberapa ujian yang mampu menguji dayatahan kardiovaskular
a) Cooper test (lari selama 12 minit)
b) Lari 2.4 km
c) Ujian Bleep (Pace Run)
d) Renang 600 meter.

2) Dayatahan Otot
Kebolehan sesuatu atau sekumpulan otot menghasilkan daya kerja secara berulang-ulang bagi satu masa tertentu atau penguncupan otot untuk satu jangka masa yang lama.. Dayatahan Otot boleh dibentuk melalui latihan fizikal terhadap otot atau kumpulan otot tertentu seperti
a) latihan bebanan (beban kurang, ulangan banyak)
b) Latihan rintangan (rintangan yang rendah, masa yang panjang)
c) Ulangan perlakuan sehingga lesu.

Dayatahan otot boleh diuji melalui beberapa ujian yang telah dikenalpasti
a) Tekan tubi tanpa henti selama 1 minit
b) Harvard step up dengan mengikut rentak metronome
c) Dan lain-lain lagi.

3) Kekuatan Otot
Keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja).
Kekuatan otot boleh ditingkatkan melalui latihan bebanan dan rintangan
a) Isotonik
b) Isometrik
c) Isokinetik

Beban mestilah berkadaran dengan kerja dan mengikut objektif latihan
a) Ujian Kekuatan Otot
b) Bangkit tubi bervariasi
c) Dynometer test
d) Set ujian kekuatan.

4) Kelenturan
Keupayaan sesuatu sendi untuk membenarkan pergerakan berlaku melalui satu julat atau sudut yang seluas mungkin dengan licin tanpa sebarang rintangan. Hasil pergerakan ditentukan oleh kebolehan otot, ligamen dan tendon untuk memanjang.

Latihan meningkatkan kelenturan
Kekerapan untuk melakukan senaman regangan otot, ligamen dan tendon semasa sesi memanaskan badan. Kekerapan melakukan kelonggaran sendi-sendi.
Ujian Kelenturan
a. Terdapat banyak ujian kelenturan namun yang paling popolar ialah duduk dan jangkau.
b. Flexometer adalah alat yang direka untuk mengukur tahap kelenturan seseorang.

5)Komposisi Badan
Kadar peratusan lemak dalam badan berbanding dengan berat badan (otot dan tulang)
Latihan Pembakaran Lemak
• Pembakaran lemak melalui kegiatan fizikal.
• Mengawal kadar pengambilan kalori dengan kadar pembakaran kalori.
• Meningkatkan kadar metabolisme.
Ujian Komposisi Badan
• Ukur lilit pinggul

1 comment:

  1. Harrah's Cherokee Casino & Hotel, Cherokee - KTNV
    Harrah's 대전광역 출장샵 Cherokee Casino 거제 출장안마 & 진주 출장마사지 Hotel is located 여주 출장마사지 in Cherokee, North Carolina. Located minutes from the airport, 양주 출장샵 this popular hotel has a restaurant,

    ReplyDelete