Thursday 19 December 2013

Tugasan 1 Pendidikan Jasmani









Tugasan 1
Sila dapatkan maklumat dari bahan bacaan, multimedia dan sebagainya berkaitan:
·         Falsafah, konsep dan sejarah pendidikan jasmani
·         Dasar 1M1S dan Sukan Negara
·         Kurikulum dan pedagogi jasmani: KBSR & KSSR
 
A.   FALSAFAH, KONSEP DAN SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI

FALSAFAH PENDIDIKAN JASMANI
Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.
Murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup.

Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi murid ke tahap optimum.

KONSEP PENDIDIKAN JASMANI
Konsep & definisi Pendidikan Jasmani
Proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi aspek psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Pelajar akan diberi peluang untuk mencuba semua aktiviti fizikal.
(Pettifor, 2005)

Konsep & definisi Pendidikan Jasmani
Roddick (1982).
PJ adalah sebahagian daripada pendidikan yg menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidkan yg menekankan pembentukan sikap, pengetahuan , kemahiran yg berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi.

Konsep & definisi Pendidikan Jasmani
KBSM (1992).
PJK bertujuan menjadikan pelajar sihat,cergas dan produktif dengan pemupukan nilai, sikap, pengerahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

Konsep & definisi Pendidikan Jasmani
PJ sbg sebahagian pendidikan

SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI
ZAMAN PRIMITIF DAN PURBA AWAL:

          Dalam masyarakat primitif, sukan dan pendidikan jasmani merupakan satu aspek yang amat mustahak dalam kehidupan seharian. Masyarakat primitif yang kurang stamina, kemahiran, keteguhan dan kegagahan akan merugikan komuniti mereka. Untuk mempertahankan komuniti dan kewujudan yang berterusan sesuatu suku itu, para belia harus membina kekuatan, daya tahan, ketangkasan dan kemahiran untuk menanggung kehidupan mereka.
Kanak-kanak pula akan mempelajari kemahiran melalui peniruan. Para bapa akan mengajar anak lelaki tentang segala kemahiran yang diperlukan oleh seseorang pemburu atau pelayar. Di antara aktiviti kemahiran termasuklah memanah, melempar gada dan lembing, memburu binatang, membuat senjata dan sampan, menangkap ikan dan mendayung kolek. Aktiviti perkembangan fizikal adalah seperti berenang, berlari, dan mendaki gunung. Aktiviti-aktiviti ini adalah satu keperluan yang diwajibkan oleh setiap kanak-kanak dalam masyarakat primitif untuk menjamin kehidupan mereka.
Menari merupakan amalan mulia bagi masyarakat primitif. Ia adalah salah satu media utama dalam proses komunikasi antara manusia dengan roh-roh atau tuhan. Masa dan tempat upacara serta tarian diadakan akan ditentukan oleh adat resam suku kaum masing-masing.

SUKAN DALAM MASYARAKAT YUNANI PURBA:

Perkembangan pendidikan di Yunani dibahagikan kepada empat tahap:
1.       Pendidikan Yunani Homer (zaman prasejarah hingga Olimpik 776 S.M).
2.       Pendidikan Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta).
3.       Pendidikan Yunani Athens Awal (776 S.M hingga akhir Perang Parsi pada 480 S.M).
4.       Pendidikan Yunani Athens Lewat (dari 480 S.M hingga penaklukan Mekadonia 338 S.M).

Yunani Homer
Tujuan utama pendidikan jasmani dan sukan adalah untuk membentuk manusia petindak. Peperangan sering berlaku. Maka, setiap warganegara merupakan perajurit dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah sangat penting.
 Senaman bertujuan menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, daya ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam peperangan. Di antara aktiviti-aktiviti sukan yang dimainkan oleh kelas aristocrat ialah perlumbaan kereta kuda, tinju, bergomol dan lari. Bagi golongan askar, aktivitinya adalah seperti membaling lembing, memanah dan mengangkat berat. Dalam zaman ini, penduduknya boleh dikatakan melibatkan diri dalam sukan yang memerlukan tenaga dan kekuatan.

Yunani Sparta
Sparta merupakan sebuah negara tentera. Semua rakyat hanya mempunyai satu profesion iaitu sebagai askar, maka pendidikan jasmani dan sukan serta semua pendidikan di Sparta merupakan latihan untuk peperangan. Ini bertujuan untuk membentuk setiap rakyat sebagai petindak yang mempunyai kekuatan yang ganas, daya ketahanan yang tinggi, semangat keteguhan dan kegagahan serta kemahiran yenyera yang amat diperlukan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti gimnastik, lari dan lompatan serta permainan bola.
 Aktiviti-aktiviti lain termasuk lawan pedang, acara lompat, berenang, memburu, gusti, tinju, berjalan kaki, lempar cakera dan baling lembing.

Yunani Athens Awal
Pendidikan jasmani di Athens mempunyai fungsi lagi selain daripada untuk menyediakan warganegara di medan perang, iaitu untuk nilai estetika dan harmoni. Bagi mereka, tubuh badan adalah sama penting dengan otak. Oleh demikian sukan dihubungkan dengan falsafah, muzik, sastera, lukisan dan ukiran. Orang Greek yang menghargai kecantikan (fizikal) menganggap bahawa gemuk, kurang segar, dan pertumbuhan yang tidak wajar sebagau mengaibkan dan sebagai tanda kurang pendidikan.
 Di antara program pendidikan jasmani dan sukan bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 7-12 tahun adalah seperti berlari, lompatan, memanjat tali, permainan bola, baling lembing dan lempar cakera bersaiz kecil. Bagi pelajar yang lebih besar (dari segi umur), aktiviti lebih bertenaga seperti perlumbaan, baling lembing dan lempar cakera bersaiz besar, lompatan, bertinju, bergomol dan perlumbaan kereta kuda disediakan.

Yunani Athens Lewat
Selepas perang Parsi, Athens yang dahulu merupakan masyarakat pertanian, telah berubah menjadi pusat perdagangan dan sebuah pusat kosmopolitan. Penduduknya mempunyai lebih banyak masa lapang untuk perkembangan intelektual. Tujuan sekarang ialah membentuk manusia bijak dan bukan lagi manusia petindak. Antara aktiviti-aktiviti fizikal termasuklah gimnastik, olahraga, lumba berperisai, baling lembing, memanah, equestrian dan tinju. Walaubagaimanapun, mereka lebih berminat menjadi penonton daripada peserta.

Sukan Olimpik
Sukan Olimpik diadakan sekali setiap empat tahun mulai tahun 776 S.M. sukan ini dijalankan selama lima hari pada bulan Ogos tahun itu bersama-sama dengan upacara menghormati Zeus (tuhan orang-orang Greek). Boleh dikatakan segenap lapisan masyarakat seperti petani, golongan bangsawan, ahli politik dan lain-lain mengambil bahagian. Jadi, perayaan Olimpik merupakan satu acara mengadakan pertukaran kebudayaan yang berbeza antara negara-negara kota.
 Satu acara sahaja yang diadakan dalam sukan tahun 776 S.M itu, iaitu lumba lari, dan johan utama adalah Coroibos dari Olis yang memenangi perlumbaan stadium sejauh 170meter. Acara-acara sukan mula ditambah dengan adanya perlumbaan jarak jauh, lempar cakera, lompat jauh, baling lembing, bergomol, tinju dan sebagainya. Dalam tahun 393 (masihi), Maharaja Theodosius telah menamatkan Sukan Olimpik yang telah diadakan selama 1503 tahun itu.
 Usaha untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik muncul pada akhir abad ke-19. Pengasas Sukan Olimpik moden adalah Baron Pierre de Coubertin (1863-1937), seorang Perancis. Berdasarkan pengaruh beliau, dipersetujui untuk mengadakan Sukan Olimpik sekali setiap empat tahun, di mana semua bangsa dijemput mengambil bahagian. Sukan pertama diadakan di Athens dalam tahun 1896. Sejak itu, setiap empat tahun sukan ini diadakan.


B.   DASAR 1 MURID 1 SUKAN DAN SUKAN NEGARA.

DASAR 1 MURID 1 SUKAN
Rasional
Dasar 1M 1S mendokong Dasar Sukan Untuk Semua, di mana dasar ini menitikberatkan penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini dibentuk atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada aspek-aspek yang lain seperti mata pelajaran akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani. Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara. Dasar 1M 1S dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.

Matlamat
Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.

Konsep
Dasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap murid dari Tahap 2 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. Dasar 1M 1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan fizikal murid-murid. Justeru itu, Dasar 1M 1S adalah diwujudkan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar;
1      Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam
sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif;
2      Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah;
3      Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi;

Objektif
Dasar 1M 1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka pendek seperti berikut:
1        Meningkatkan kecergasan jasmani;
2        Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni;
3        Memupuk perpaduan di antara kaum;
4        Membentuk budaya sukan di kalangan murid;
5        Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal;
6        Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan
7        Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

DASAR SUKAN NEGARA
Rasional
Dasar Sukan Negara adalah satu dasar sukan untuk semua. Dasar ini merangkumi sukan prestasi tinggi dan sukan untuk semua (I) dan digubal berlandaskan atas rasional yang mana segala kegiatan itu adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan yang diusahakan oleh Kerajaan terhadap seluruh rakyat. Sukan berhak mendapat pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang saran sebagaimana juga yang diberikan kepada keperluan asasi sosial yang lain seperti pendidikan, pengangkutan, perumahan dan perkhidmatan kesihatan supaya membolehkan kerajaan mencapai pembangunan negara, perpaduan dan kestabilan yang berterusan.

Objektif
Adapun tujuan Dasar Sukan Negara ini adalah untuk membentuk satu masyarakat yang aktif. Sihat dan cergas melalui aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi fizikal sejajar dengan usaha-usaha keseluruhan kerajaan dalam pembangunan Negara. Objektif-objektif utama adalah seperti berikut:
·         Untuk membentuk sebuah masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatupadu melalui penyertaan yang lebih luas dan peluang-peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat.
·         Untuk menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi social, psikologi dan fisiologi bagi individu melalui sukan.
·         Untuk membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan kebajikan social seseorang individu dan kenikmatan kesenggangan di kalangan orang awam; dan
·         Untuk mencapai kecemerlangan ke tahap tertinggi sekali, dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan juga dengan harapan mempertingkatkan lagi muhibbah dan imej Negara.


C.   KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI: KBSR & KSSR
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI:KBSR & KSSR
OBJEKTIF
Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani berkebolehan untuk;-
1.        melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan;
2.        mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor;
3.        mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan;
4.        mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan;
5.        mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala;
6.        mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal;
7.        melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat;
8.        mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan
9.        mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.

FOKUS MATAPELAJARAN
Terdapat tiga fokus Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani bagi murid Tahun Satu iaitu: membina kemahiran asas pergerakan dan kemahiran motor; memperkenalkan konsep kecergasan berdasarkan kesihatan; dan memupuk elemen keselamatan, tanggungjawab kendiri, dan interaksi sosial semasa melakukan aktiviti fizikal.


KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI

Kriteria pembentukan kurikulum dalam membentuk kurikulum terdapat beberapa kriteria reka bentuk yang perlu dikaji, dianalisis dan dipilih oleh pembangunan kurikulum. reka bentuk ini boleh dikategorikan kepada 3:
i.        Berpusatkan Subjek
ii.       Berpusatkan Pelajar
iii.      Berpusatkan Masalah


Reka Bentuk Berpusatkan Subjek
Reka bentuk berasaskan subjek adalah berpaksikan ilmu dan isi kandungan pelajaran. Reka bentuk berasaskan subjek terdiri daripada:
i.        Reka Bentuk Matapelajaran
ii.       Reka Bentuk Disiplin
iii.      Reka Bentuk Bersepadu
iv.      Reka Bentuk Korelasi

(a) Reka Bentuk Matapelajaran
Reka bentuk ini terkenal dan kerap digunakan dalam mereka bentuk kurikulum. Reka bentuk matapelajaran merupakan reka bentuk yang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran yang terdapat dalam buku teks. Ilmu di susun menjadi teratur seterusnya berperanan sebagai matapelajaran. Bagi memudahkan pembelajaran, konsep juga di susun daripada yang ringkas ke kompleks. Tumpuan pelajaran dalam reka bentuk ini tertumpu kepada proses mengingat dan memahami.

(b) Reka Bentuk Disiplin
Setiap matapelajaran mempunyai disiplin ilmu tersendiri, disiplin adalah cara atau proses sesuatu matapelajaran. Reka bentuk disiplin menekan isi kandungan dan proses disiplin sesuatu ilmu. Contohnya dalam mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani selain daripada kemahiran, guru perlu mengajar disiplin sesuatu kemahiran atau permainan.

Dengan kata lain pelajar bukan sahaja di ajar kemahiran dalam permainan tetapi disiplin berkaitan dengan kemahiran atau permainan juga ditekankan. Reka bentuk ml dibina berdasarkan proses mengenalpasti struktur ilmu serta disiplin sesuatu subjek dan kaedah atau proses yang terlibat untuk menjana ilmu dalam sesuatu bidang.

(c) Reka Bentuk Bersepadu
Reka bentuk ini menyatukan dua atau lebih subjek yang menjadi satu matapelajaran yang bersepadu. Reka bentuk mi akan membekalkan pelajar dengan ilmu yang bersepadu dan tidak terasing. Reka bentuk ml menghilangkan sempadan matapelajaran dan disiplin. Pelajar akan melihat ilmu sebagai satu yang bersepadu dan lebih bermakna. Contohnya dalam matapelajaran sains yang terdiri daripada biologi, fizik dan kimia disepadu diperingkat sekolah menengah rendah sebagai sains.

(d) Reka Bentuk Korelasi
Reka bentuk ini mengaitkan maklumat antara satu subjek dengan subjek bertujuan mengurangkan pemisahan antara subjek. Sebagai contoh seorang guru Pendidikan Jasmani boleh berkerjasama dengan guru sejarah bagi menghasilkan portfolio yang bertajuk perkembangan bola sepak dan zaman penjajah hingga ke sekarang.
Dalam reka bentuk ini pendidik-pendidik bagi subjek yang berkaitan perlu berkerjasama dan memberi komitmen yang tmnggi. Mereka perlu berbincang dan berkerjasama dalam memikirkan dan merancang kursus atau tugasan yang mengaitkan makiumat dan subjek-subjek yang berlainan.

Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar

Reka bentuk ini menganggap pelajar merupakan elemen yang penting dalam bidang pendidikan. Reka bentuk berpusatkan pelajar berdasarkan kepada falsafah progressivesme. Reka bentuk berpusatkan pelajar terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

i.        Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar
ii.       Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman
iii.      Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik

(a) Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar
Dalam reka bentuk berpusatkan pelajar pembinaan kurikulum adalah berdasarkan kepada pendekatan semula jadi pelajar ketika belajar. Reka bentuk mi menganggap pemikiran pelajar akan berkembang jika mereka di ben peluang untuk belajar berdasarkan kegemaran dan keperluan pelajar. Contohnya oleh kerana sifat kanak¬kanak sekolah rendah suka bermain, dalam membina kurikulum Pendidikan Jasmani unsur permainan diselitkan.

(b) Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman
Reka bentuk berpusatkan pengalaman sama seperti reka bentuk berpusatkan pelajar iaitu memberi penekanan terhadap minat dan keperluan pelajar ketika membiria kurikulum. Namun kedua-kedua reka bentuk berbeza kerana berdasarkan reka bentuk berpusatkan pengalaman, minat dan keperluan pelajar tidak boleh di jangka oleh itu kurikulum tidak akan dapat dirancang dengan awal. Kurikulum akan dibina setelah pendidik mengenali pelajar.

(c) Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik
Reka bentuk mi mementingkan konsep kendiri kepada pelajar, pelajar akan belajar dan membina tugasan atas kesedaran din sendiri. Reka bentuk berpusatkan humanistik menyepadukan unsur kognitif dan afektif. Reka bentuk mi memberi penekanan isi kandungan, kognitif, pengalaman dan perasaan. Dengan kata lain Reka bentuk berpusatkan humanistik menekankan secara seimbang aspek pemikiran, perasaan dan amalan. Reka bentuk ni menekankan kepada pendidikan dan pembangunan insan secara keseluruhan.

Reka Bentuk Berpusatkan Masalah

Reka bentuk berpusatkan masalah memberi fokus kepada masalah dalam kehidupan. Reka bentuk berpusatkan masalah meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan pengalaman individu dan kemasyarakatan.


(a) Reka Bentuk Situasi - Kehidupan
Reka bentuk mi lebih mirip kepada teori konsektual. Reka bentuk situasi - kehidupan berpendapat pembelajaran akan menjadi bermakna jika pembelajaran itu boleh diaplikasikan dalam kehidupan secara terus. Keperluan dan keupayaan pelajar berfikir dalam menyelesaikan masalah juga menjadi dasar dalam reka bentuk mi.

Oleh itu kurikulum perlu di bina dengan memberi penekanan terhadap penyelesaian kepada masalah-masalah dalam kehidupan sebenar. Dengan kata lain kunikulum yang terbentuk dalam reka bentuk mi akan membantu pelajar membuat generalisasi tentang masalah yang berkaitan dengan kehidupan di dunia yang sebenar.

(b) Reka Bentuk Semula Masyarakat

Reka bentuk mi berorientasmkan masyarakat, neka bentuk mi mengaitkan hubungan kurikulum dengan penkembangan masyarakat dan aspek sosial, politik dan ekonomi. Kurikulum dilihat berupaya menjadm agen penubahan dalam masyarakat. Kurikulum ni menyerapkan nilai-nilai dan etika bagi melahirkan masyanakat yang berkualiti.

Ciri-ciri Pembentukan Kurikulum
Kurikulum PJ yang jitu bercirikan:
a.
Ianya telah difikirkan sebagai sebahagian yang penting daripada usaha yang penuh sekolah.
b.
Mencerminkan sifat & keperluan masyarakat demikratik di mana wujud penghormatan terhadap minat & keupayaan semua individu yang hidup.
c.
Ianya dirancang selaras dengan aliran pengalaman yang tidak putus-putus bermula daripada awal kanak-kanak & merentasi pendidikan selepas sekolah menengah & sepanjang hidup seterusnya.
d.
Ianya seimbang dan boleh memberi beberapa pengalaman yang akan menyumbang kepada kesudahan yang dikehendaki untuk semua peringkat umur.
e.
Ianya bepegang teguh atau bersikat tidak berganjak daripada falsafah wawasan, arah aliran atau trend utama kaedah dan bahan PJ umumnya.
f.
Ianya berasaskan kepada kriteria yang ketat atau rapi untuk memilih kandungan.
g.
Mengajar dan menggalakkan pertumbuhan profesional terhadap pengajar.
h.
Ianya bersekutu dalam beberapa perkara yang signifikan dengan masyarakat.

Kepentingan Pendidikan Jasmani
a.
Melahirkan insan yang seimbang dari segi keupayaan psikomotor, afektif dan kognitif.
b.
Sukatan Pendidikan Jasmani dilihat merupakan jalan pintas untuk melahirkan generasi ini. Bagi membina unsur kesepaduan dan korelasi dalam kurikulum, pelajaran Pendidikan Jasmani.
c.
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani boleh mengaplikasikan kurikulum berpusatkan pelajar. Contohnya bermain merupakan kegemaran semulajadi pelajar dengan itu sukatan Pendidikan Jasmani boleh menyelitkan unsur permainan bagi menarik minat pelajar.
d.
Dalam sukatan Pendidikan Jasmani nilai murni seperti kerja sama, kepimpinan dan pepaduan dapat di gabungkan dengan mudah.
e.
Sukatan Pendidikan Jasmani berupaya menghindarkan masalah sosial dan membina cara hidup sihat.
f.
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dapat mengaplikasikan teori kurikulum pramatism. Pemikiran kreatif, negatif, positif, analitis, logik, kritikal, emotif, nilai, sistematik, intituitif dapat di bina dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Contohnya kenapa pemain bola sepak bertubuh kecil lebih menonjol sebagai pemain tengah. Pelajar akan berfikir secara analitis dan kritis untuk memberi jawapan.

 

No comments:

Post a Comment