Thursday 19 December 2013

Permainan Tradisional Cari Cucu



Isi Kandungan
Bil
Perkara
Muka Surat
1.
Nama Permainan
1

i)    Pengenalan
1
2.
Sejarah Permainan Tradisional
1
3.
Objektif Permainan
2
4.
Panduan Pelaksanaan Permainan
2

i)    Jawatan Kuasa Kerja

2

ii)  Senarai Nama Peserta

2

iii) Senarai Semak Sebelum, Semasa Dan Selepas Pelaksanaan Permainan

3

iv) Senarai Alatan

3

v)   Prosedur Pelaksanaan Permainan

3

-          Pelan Kedudukan Pelaksanaan Permainan

3

-          Langkah-Langkah Pelaksanaan Permainan

4

-          Peraturan Dan Syarat-Syarat Permainan

5

vi) Borang Skor

6
5.
Rumusan
9
6.
Lampiran
10
7.
Rujukan
11



Permainan: Cari Cucu

Pengenalan
            Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan.
           
Lantaran resam yang demikian maka banyak  permainan tradisional yang dipertandingkan.Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza. Ini membolehkan mereka bekerja dan berhibur pada masa yang sama. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Apabila musim menuai padi berakhir dan musim tengkujuh tiba pesawah dan nelayan mengisinya dengan kerja-kerja sampingan. Kerja-kerja demikian boleh ditangguhkan dengan mudah. Tempoh peralihan antara musim inilah digunakan untuk mengadakan keramaian serta pesta.

Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah cari cucu, guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain.


Sejarah

            Permainan Cari cucu merupakan permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak diluar rumah dan biasanya dimainkan oleh kanak-kanak dalam jumlah yang ramai. Permainan ini sesuai dimainkan di kawasan halaman rumah atau kawasan lapang seperti gelanggang, tepi pantai dan padang.

            Terdapat dua buah lagu khas yang digunakan dalam permainan ini yang berjudul “Cari Cucu”. Selain itu, sehelai sapu tangan atau kain digunakan untuk menutup mata dan juga sebatang kayu tongkat yang akan digunakan oleh pemegang watak nenek.



Objektif Permainan

(a)            Mewujudkan kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim.
(b)            Meningkatkan semangat kejiranan dan semangat kesukanan.


Panduan Pelaksanaan Permainan

(a)            Jawatan Kuasa Kerja
Ketua
:
Azlyrendy Bin Wahab
Penolong Ketua
:
Angela Pamela Ak Singi
`
:
Anita Chin 


(b)            Senarai Nama Pemain
·      Pemain-pemain dibahagikan kepada 3 kumpulan utama iaitu Kumpulan A bagi Pelajar Lelaki dan Kumpulan B dan C bagi Pelajar Perempuan seperti yang disenaraikan di bawah.

Senarai nama pemain Cari Cucu

Kumpulan A
1.    Francis Jinal ak Bandang
2.    Hamri Bin Anis
3.    Gerry ak Nyering
4.    Muhammad Suffian Bin Anuar@Sanwar
5.    Mutalib Bin Kasim
6.    Roma ak Limit
7.    Willy Bugi

Kumpulan B
1.    Aminah Binti Let
2.    Jennita ak Keli
3.    Karmilah Binti Yusof
4.    Norfaizah Bt Sajali
5.    Nurul Adzimah Bt Mohammad Tarmizi
6.    Siti Zaharah Tun Nor Bt Ismail
7.    Syazana Bt Sahari
8.    Zavina ak Ros

Kumpulan C
1.    Idawati Binti Kassim
2.    Jessica Lemie ak Gandik
3.    Maslina Bt Rosli
4.    Norisa Siran
5.    Perada ak Ranti
6.    Suzieyanie ak Emus
7.    Vivi Aisyah Bt Saudi @ Junaidi

(c)            Senarai semak sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan permainan

Sebelum pelaksanaan permainan
·      Perkara yang perlu disemak sebelum pelaksanaan permainan cari cucu, setiap pemain harus berada dalam keadaan bertenang dan bersedia dari segi mental dan fizikal. Seorang pemain harus ditentukan untuk menjadi nenek. Bagi menentukan watak nenek, maka, undian secara lai lai li tam plong perlu dijalankan. Pemain yang kalah dalam undian tersebut akan ditutup matanya dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek. Tongkat diberikan  untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta.

Semasa pelaksanaan permainan
·      Perkara yang perlu disemak semasa pelaksanaan permainan ialah setiap pemain harus mematuhi syarat-syarat dan peraturan sepanjang permainan. Terutamanya dari segi keadaan pemain-pemain. Contohnya seperti, nenek harus menutup matanya dengan menggunakan sapu tangan dan harus memakai tongkat. nyanyian iaitu cucu dan nenek mesti menyanyi lagu Cari Cucu (rujuk Lampiran).

Selepas pelaksanaan permainan
·      Perkara yang perlu disemak setelah permainan dilaksanakan, kita akan dapat mengenalpasti siapakah pemenang berdasarkan kepada pemain yang menjadi nenek dalam kadar dan bilangan yang paling rendah. Pemain tersebut kita kenalpastikan sebagai pemenang permainan. Refleksi dibuat untuk memberikan rumusan terhadap pelaksanaan permainan tersebut.

(d)            Senarai alatan
Di dalam bahagian peralatan, terdapat 2 jenis iaitu individu dan alatan. Contohnya seperti yang ditunjukkan di bawah.

Individu
Pemain-pemain yang akan memegang watak berikut:
1.    Nenek
2.    Cucu

Alatan
1.    Kayu tongkat
2.    Sapu tangan

(e)            Prosedur pelaksanaan permainan.
·      Pelan kedudukan pelaksanaan permainan.
-          Permainan haruslah dilaksanakan di tempat lapang iaitu bebas daripada halangan dan gangguan. Tujuannya adalah untuk mengelakkan dari dari berlakunya sesuatu yang tidak diingini.
-          Setelah seorang pemain ditentukan menjadi nenek, nenek tersebut harus berdiri di tengah-tengah dikelilingi oleh cucu-cucunya di dalam sebuah bulatan.
-          Cucu-cucu akan berpegangan tangan sambil menyanyikan lagu Cari Cucu.
-          Selepas itu, nenek pula yang akan menyanyikan lagu.
-          Setelah selesai nenek menyanyikan  lagunya, semua cucu duduk mencangkung mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka.
-          Daripada aktiviti yang dijalankan, dapat disimpulkan bahawa kedudukan pelaksanaan permainan berada di dalam kawalan. Setiap pemain dapat diawasi agar mengikuti permainan dan tidak ada yang dikecualikan atau terlepas dari mengikuti program ini.

·      Langkah-langkah pelaksanaan permainan.
-          Sebelum permainan dilaksanakan, pemain-pemain dikumpulkan di suatu kawasan yang lapang. Pemain yang akan menjadi nenek ditentukan melalui undian seperti lai lai li tam plong. Setelah seorang pemain ditentukan untuk menjadi nenek, maka pelaksanaan permainan pun bermula. Nenek dibekalkan dengan sebatang tongkat dan sehelai sapu tangan untuk menutup matanya. Berikut merupakan langkah dan cara-cara permainan cari cucu:

i)       Kesemua pemain yang menjadi cucu membuat satu bulatan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan diantara satu dengan yang lain.

ii)     Mereka menyanyikan Lagu Cari Cucu (rujuk Lampiran) beramai-ramai sambil berpusing mengelilingi nenek manakala nenek pula berlakon seperti orang buta yang terbongkok-bongkok dengan menggunakan tongkat mencari jalan.

iii)    Setelah cucu tamat menyanyikan nyanyian, giliran nenek pula menyanyikan lagunya (rujuk Lampiran).

iv)    Setelah selesai nenek menyanyikan  lagunya, semua cucu duduk mencangkung mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka.

v)     Dengan menggunakan tongkat,nenek mencari cucu yang mendiamkan diri di sekelilingnya.

vi)    Setelah berjaya menangkap seorang cucu, nenek perlu meneka nama cucu tersebut dengan betul.

vii)   Sekiranya tekaan nenek tidak tepat, maka watak nenek masih menjadi miliknya. Sekiranya tekaan nenek tersebut tepat, maka cucu tersebut akan menjadi nenek menggantikan tempatnya. Nenek tadi akan menjadi cucu.

viii) Permainan diteruskan sehingga 5 pusingan. Masa yang diberikan adalah 20 minit sahaja. Bermaksud permainan akan tamat walaupun tidak sampai 5 pusingan kerana kehabisan masa. Walau bagaimanapun, permainan akan tamat juga pada waktu yang lebih awal sekiranya telah sampai ke pusingan ke-5.

ix)    daripada 5 pusingan yang telah dibuat, kita lihat siapakah di antara pemain-pemain tersebut yang mempunyai kekerapan menjadi nenek yang paling rendah. Maka, pemain itulah kita ambil sebagai pemenang.

·      Peraturan dan syarat-syarat permainan.
-          Di dalam permainan Cari Cucu ini, peraturan dan syarat-syarat permainan sangat mudah. Para pemain dapat mengikuti permainan ini tanpa terbeban dengan peraturan dan syarat permainan. Peraturannya ringkas dan mudah diikuti serta membuatkan permainan menjadi lebih seronok dilaksanakan. Berikut merupakan peraturan dan syarat-syarat permainan Cari Cucu.
-           
i)             Penentuan nenek hendaklah dengan menggunakan undian seperti lai lai li tam plong.
ii)            Nenek dibekalkan dengan sapu tangan dan sebatang tongkat. Sapu tangan digunakan untuk menutup mata nenek. Sementara tongkat pula digunakan untuk mencari cucunya.
iii)           Cucu hendaklah menyanyikan lagu Cari Cucu apabila nenek telah kemas menutup matanya. Begitu juga dengan nenek. Nenek hendaklah menyanyikan lagu apabila ingin mencari cucunya.
iv)           Apabila nenek telah berjaya menangkap seorang cucu, nenek tersebut harus meneka nama cucu tersebut. Sekiranya tekaan nenek salah, pemain tersebut akan kekal menjadi nenek. Sebaliknya, jika tekaan nenek betul, maka cucu tersebut pula yang akan menjadi nenek. Sementara nenek yang tadi pula menjadi cucu.
v)            Permainan diteruskan sehingga 5 pusingan. Masa yang diberikan adalah 20 minit sahaja. Bermaksud permainan akan tamat walaupun tidak sampai ke pusingan ke-5  kerana kehabisan masa. Walau bagaimanapun, permainan akan tamat juga pada waktu yang lebih awal sekiranya telah sampai ke pusingan ke-5.
vi)           daripada 5 pusingan yang telah dibuat, kita lihat siapakah di antara pemain-pemain tersebut yang mempunyai kekerapan menjadi nenek yang paling rendah. Maka, pemain itulah kita ambil sebagai pemenang.




Rumusan

Selepas kami menjalankan kajian ini, kami bersyukur menjadi rakyat Malaysia dek keunikan dan kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia. kami juga berasa sangat bertuah kerana dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang permainan tradisional melayu.

Seperti peribahasa melayu yang mengatakan tak kenal maka tak cinta. Selepas kajian dijalankan, kami dapat menghayati permainan tradisional orang melayu. Andai rakyat Malaysia memahami dan menghayati permainan tradisional sesuatu kaum yang mendalam, ini akan mewujudkan rasa hormat-menghormati antara kaum. Semangat perpaduan yang wujud akan membolehkan perpaduan tanah melayu yang terdapat pelbagai kaum ini terus berkekalan. Rakyat Malaysia bersatu padu ini dapat bersama-sama dalam semua perkara untuk melahirkan rakyat Malaysia yang cemerlang.

Kajian kami berkenaan dengan permainan tradisional “Cari Cucu” ini merupakan satu permainan yang digemari suatu ketika dahulu. Kini permainan “Cari Cucu” semakin dilupakan dalam kehidupan masyarakat Melayu. Mereka lebih gemar bermain permainan moden seperti video elektronik. Kita seharusnya mengekalkan warisan budaya dan bangsa agar diri kita mendapat iktibar dan seterusnya menghargai warisan yang diwarisi sejak turun-temurun lagi dan berusaha mengekalkannya.

Kita seharusnya mewujudkan perpaduan dalam masyarakat melalui permainan tradisional agar negara sentiasa aman dan damai. Sekiranya kita bersama-sama mengekalkan permainan tradisional, kita akan mewujudkan semangat kerjasama dan tolong-menolong sesama kita. Sebagai contoh, apabila kita ingin bermain “Cari Cucu”, kita memerlukan kerjasama daripada orang lain dan seterusnya merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama kita dan memupuk lagi semangat patriotisme dalam diri masyarakat.

Selain itu, kita juga perlu berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana negara ini mempunyai warisan tradisional tersendiri. Kita juga seharusnya melahirkan rasa syukur kerana negara yang kita duduki kini merupakan negara yang penuh dengan warisan kebudayaan yang tidak akan luput ditelan zaman.

Lampiran

Gambar Permainan Cari Cucu

Nyanyian cucu:

Nenek, nenek
Sibongkok tiga
Siang mengantuk
malam berjaga
mencari cucu
dimana berada
nenek kahwin
dengan anak raja.

Nyanyian nenek:

Cucu,cucu
Tak dapat lari
Nenek tua
banyak sakti
Sekarang nenek
Nak cari ganti
Siapa yang kena
dia menjadi





  

Borang Skor
Nama Permainan
:
Cari Cucu
Tempoh Masa
:
20 minit

Kumpulan A
Bil
Nama Pemain
Nenek
Cucu
Pusingan
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
1
Francis Jinal ak Bandang










2
Hamri Bin Anis










3
Gerry ak Nyering










4
Muhammad Suffian Bin Anuar@Sanwar










5
Mutalib Bin Kasim










6
Roma ak Limit










7
Willy Bugi











Nama pemenang : _______________________________
Bil menjadi nenek: _______________________________








Borang Skor
Nama Permainan
:
Cari Cucu
Tempoh Masa
:
20 minit

Kumpulan B
Bil
Nama Pemain
Nenek
Cucu
Pusingan
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
1
Aminah Binti Let










2
Jennita Ak Keli










3
Karmilah Binti Yusof










4
Norfaizah Bt Sajali










5
Nurul Adzimah Bt Mohammad Tarmizi










6
Siti Zaharah Tun Nor Bt Ismail










7
Syazana Bt Sahari










8
Zavina Ak Ros











Nama pemenang : _______________________________
Bil menjadi nenek: _______________________________





Borang Skor
Nama Permainan
:
Cari Cucu
Tempoh Masa
:
20 minit

Kumpulan C
Bil
Nama Pemain
Nenek
Cucu
Pusingan
1
2
3
4
5
1
2
3
4
5
1
Idawati Binti Kassim










2
Jessica Lemie Ak Gandik










3
Maslina Bt Rosli










4
Norisa Siran










5
Perada Ak Ranti










6
Suzieyanie Ak Emus










7
Vivi Aisyah Bt Saudi @ Junaidi











Nama pemenang : _______________________________
Bil menjadi nenek: _______________________________







No comments:

Post a Comment