Thursday 19 December 2013

Permainan Tradisional Sepak Raga

Cara Bermain
Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Sepak Raga Tuju/Ratus/Bulat part II

Ni nak sambung part II dah. berikutan ramai yang bertanya itu dan ini berkenaan permainan ni. so ini akan dibuat sebagai rumusan. semua yang ditulis ini HANYA berdasarkan pengalaman sendirik. aku tak pernah jumpa jurnal atau sewaktu dengannya tentang permainan ini.

Sepak Raga Bulat
1.     Dimainkan dalam bulatan
2.     memakai pakaian, kasut dan stokin yg sesuai.
3.     bola takraw
4.     boleh timbang ikut suka sampai pengsan. tak dak rules yang spesifik.
5.     tak kesah bape ramai nak main.

Sepak Raga Ratus
1.     boleh secara perseorangan atau berkumpulan.
2.     jumlah kiraan adalah dari 3x jatuhan bola. ini depends pada peraturan pertandingan.
3.     boleh timbang seberapa banyak yang mampu. lg banyak, lagi bagus. tapi, kalau secara berkumpulan, satu orang hanya boleh timbang 3x sahaja.
4.     pakaian yang sesuai.

Sepak Raga Tuju
1.     paling kurang kena ada 2 orang. paling maksimum biasanya 9.
2.     hanya 3x timbang, dan pada timbangan kali ke 3, bola dihantar secara tikaman kepada org dihadapan sahaja. tepi tak boleh. dan bola hanya maksimum tinggi pada paras lutut.
3.     dimainkn dalam bulatan.
4.     make sure pakai pakaian n kasut+stokin.
5.     ada bola khas berwarna hijau kuning yang dikeluarkan untuk permainan ini. pada kotak tertulis, bola sepak raga tuju.

Cara bermain
11. Sepak Raga
  • Selain kanak-kanak lelaki, lelaki dewasa juga menggemari permainan ini.
  • Sebelum memulakan permainan, sebiji sepak raga yang diperbuat daripada rotan diperlukan.
  • Kesemua pemain berdiri dan membentuk satu bulatan.
  • Salah seorang pemain memegang bola raga, lalu melambung ke arah rakannya. Pemain menimang bola sekali atau beberapa kali sebelum menendang ke arah rakannya yang lain.
  • Setiap pemain mestilah memiliki kemahiran menimang bola agar ianya tidak jatuh ke tanah.
  • Jika bola jatuh ke tanah, salah seorang pemain mengutipnya, lalu melambung ke arah rakannya.

Cara Bermain
Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Menimang Bola
Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.
Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

Sepak Raga
Salah satu permainan tradisional yang diberi perhatian ialah sepak raga. Sepak raga telah menjadi permainan rakyat sejak abad kelima belas lagi. Dalam buku ‘Sejarah Melayu’ ada diceritakan kisah pemuda-pemuda Melaka pada zaman itu bermain sepak raga. Cara bermain pada ketika itu berlainan daripada sekarang. Pada waktu itu, sebiji bola sepak raga yang dibuat daripada rotan disepak bergilir-gilir oleh sekumpulan pemain yang membentuk satu bulatan.

Pada masa sekarang, permainan ini dimainkan oleh dua buah pasukan di sebuah gelanggang. Setiap pasukan terdiri daripada tiga orang pemain. Kedua-dua buah pasukan ini bermain secara bertentangan.

Sejak tahun 1985, permainan sepak raga atau sekarang Iebih dikenali sebagai sepak takraw telah dipertandingkan di peringkat antarabangsa seperti Sukan SEA dan juga Sukan Asia. Sekarang ini, sepak takraw bukan sahaja telah mendapat tempat di Asia, malah di negara-negara Barat di mana permainan ini telah mula diperkenalkan.

Sepak Raga Tuju

Salam.
Sejak saya berkahwin dengan isteri saya yang berasal dari Kulim, saya dapat menyaksikan satu kelompok pemain yang lebih gemar bermain sepakraga dalam bulatan berbanding Sepak Takraw. Saya mula melihat kelompok sebegini ketika mula - mula mengembara di Perlis ketika masih menuntut. Mereka berkumpul di Stadium Kangar ketika itu dan begitu asyik merembat, menimang, membadik dan pelbagai kemahiran lain yang tidak saya kuasai. Namun kini di Kulim, saya berpeluang mendekati kelompok ini.

Seingat saya, semasa mula - mula mendirikan rumah tangga, saya pernah sekali menyertai mereka bermain - pada sangkaan saya ia hanyalah sepakraga bulat seperti yang biasa dimainkan di sebelah Lembah Kelang ini. Tetapi saya silap kerana apabila mula menyertai bulatan ini, lunyai saya dirembat oleh pemain - pemain yang sangat cekap mengawal bola mereka. Rupa - rupanya ia dinamakan sepak raga tuju dan ia mempunyai sistem mata dan gelanggangnya yang tersendiri.

Saya ke Dataran Kulim untuk mengintai penggemar sepak raga tuju ini. Dengan kasut yang pelbagai, ada yang berseluar jeans dan ada pula yang hanya sambil menggenggam kotak rokok, mereka begitu tekun dan bersahaja mempamerkan kemahiran kawalan bola yang tinggi. Setiap hari mereka akan kemari dan andainya hujung minggu, jumlah mereka berlipat ganda kerana ada yang datang dari jauh untuk turut serta dalam Sepak Raga Tuju ini.  Setelah mundar mandir beberapa kali, saya selamba mendekatkan diri ke tepi gelanggang. Rezeki saya kerana beberapa orang lama yang turut bermain Sepak Takraw di Kampung Keladi turut ada. Saya terus menemuramah mereka mengenai sukan ini.

Menurut Mat Temenggung (sila lihat entri Siri Jelajah Gelanggang Kampung Keladi), Sepak raga Tuju ini merupakan bentuk awal Sepak Takraw yang menggunakan jaring seperti yang kita lihat hari ini. Sepak Raga Tuju sangat mencabar kerana selain kemahiran mengawal bola, kemahiran menyerang dengan tepat juga perlu kerana mata hanya boleh dipungut sekiranya serangan kepada pihak lawan menepati ruang yang diberikan dan bola harus disasarkan antara lutut ke bawah. Setiap serangan yang berjaya meraih 2 mata. Berbanding Sepak Takraw yang melihatkan aksi libasan dan servis sebagai punca mata, Sepak Raga Tuju pula memerlukan kebolehan menyepak dengan kekuda kaki dengan laju dan tepat supaya bola bergerak deras menuju ke kaki lawan.

Sepakraga Tuju sangat popular di zon utara malahan untuk mencari gelanggang sepaktakraw aktif di sekitar Alor Setar juga agak sukar kerana mereka lebih gemar bermain Sepakraga Tuju. Walaupun mereka ini tidak menggunakan sistem mata ketika gambar ini saya rakam kan, tetapi persaingannya tetap hebat seolah - olah mereka bertanding. Satu perkara yang menarik hati saya ialah, mereka sangat bersopan santun ketika bermain dengan memuji lawan, mengucap maaf andai hantaran kurang baik dan sebagainya.

ASAL USUL SEPAK RAGA
Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

CARA BERMAIN:

1 comment: